YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 7, 2016

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI!




Bukan main besar gambar peribahasa kita hari ni. hihi Ukur baju di badan sendiri. Kita biasakan mendengar peribahasa ini. Sekarang ini banyak pula cerita tentang anak-anak muda kita yang diisytiharkan muflis. Kenapa? Ini gara-gara tidak mengukur baju di badan sendiri ! Berbelanja berlebihan dan mengikut nafsu sehingga tiada simpanan, lebih menyedihkn lagi, berhutang pula!

Tetapi hari ini topik perbincangan kita bukan tentang peribahasa di atas ini ya. Perbincangan hari ini berkaitan dengan BAJU! hihi. 

Anda mesti perasan bukan, setiap negara pasti mempunyai baju atau pakain masing-masing  yang dapat melambangkan identiti sesuatu negara itu. Sebagai contoh, kalau di Malaysia, Baju Kebangsaan ialah Baju Kurung bagi perempuan dan Baju Melayu bagi lelaki.

Jika di Jepun?

KIMONO! Ya, pandainya!



JEPUN = KIMONO.

Tahukah anda pada zaman dahulu, ketika seseorang mahu mencuci kimono mereka, maka mereka perlu untuk membuka setiap helaian kain yang sudah dijahit sebelum disambung kembali untuk dipakai. Tetapi peredaran zaman telah membuatkan tradisi ini ditelan masa dan menjadikan pemakaian kimono sangat mudah!



Kimono dipakai oleh kedua-dua kaum; Lelaki dan Wanita.

Dan tahukah anda Kimono hadir dalam pelbagai jenis mengikut upacara yang dihadiri si pemakai.

Montsuki adalah yang paling formal di kalangan kaum lelaki. 

Montsuki
Adakah anda tahu terdapat lambang keluarga yang dipanggil sebagai Kamon di bahagian punggung pemakai. Kimono ini biasanya  berwarna biru tua dan hitam.

Tomesode 
Tomosode adalah Kimono yang paling formal dan dipakai oleh wanita yang sudah berkahwin. Seperti mana Montsuke, terdapat lambang keluarga pada bahagian tertentu Kimono ini. Ciri khas Tomesode adalah motif yang indah pada ''Suso'' (bagian bawah sekitar kaki). Tomesode dipakai ketika menghadiri resepsi perkahwinan, pesta dan upacara yang rasmi.

Tomosode

Furisode
Kalau Tomesode dipakai oleh golongan wanita yang sudah berkahwin, berbeza pula dengan Furisode yang dipakai gadis yang belum berkahwin lagi. Ciri khas Furisode adalah pada bahagian lengannya yang terjuntai ke bawa dan sangat lebar. Kimono ini adalah dalam warna-warni yang sangat cerah dan bercorak yang mampu menangkap mata memandang.
Furisode selalu dipakai pada waktu menghadiri upacara Seijin Shiki iaitu Hari Menjadi Dewasa, menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan, dan melakukan kunjungan ke kuil Shinto di hari-hari awal Tahun Baru, Hatsumode.

Furisode
Homongi 
Homongi adalah Kimono formal untuk wanita yang sudah berkahwin atau andartu. Biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan, festival rasmi, Tahun Baru, dan upacara minum teh.

   


Homongi

Iromuji
Sejenis Kimono semiformal yang boleh Kimono formal jika mempunyai lambang keluarga yang terdapat pada bahagian tertentu kimono ini. Kimono jenis Iromuji umumnya tidak bermotif dan berwarna merah jambu, biru muda, kuning muda atau warna-warna lembut. Iromuji dipakai pada waktu menghadiri majlis perkahwinan atau upacara minum teh.
Iromuji
Tsukesage 
Tsukesage adalah Kimono semiformal untuk wanita yang telah atau belum menikah. Menurut tingkatan formalitinya, Tsukesage hanya satu paras dibawah Homongi. Kimono ini dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan, festival rasmi Tahun Baru, dan upacara minum teh yang tidaklah terlalu formal.

Tsukage
Komon 
Komon adalah Kimono santai untuk wanita yang telah atau belum berkahwin. Ciri khasnya adalah motif sederhana kecil yang berulang-ulang. Dikenakan pada waktu menghadiri majlis alumni, makan malam, bertemu dengan teman, dan menonton pertunjukan.

Komon
 Yukata


Yukata
Yutaka dipakai pada perayaan-perayaan pada musim panas. Yutaka mempunyai warna yang cerah dan reka bentuk yang mudah. Berbanding dengan kimono yang lain, Yutaka adalah lebih mudah untuk dipakai dan senang dijaga. Yang paling penting, kimono ini murah berbanding jenis-jenis Kimono yang lain.


Menarik bukan Negara Jepun namanya hanya satu iaitu Kimono tetapi ianya hadir dalam pelbagai jenis.


No comments:

Post a Comment