YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 31, 2016

le fiesta

Amboi. tajuk entry ala-ala Spanish. taknak kalah.

Tapi kami bukan nak cerita tentang la fiesta yang party-party itu. Hari ini perkongsian kita adalah tentang perayaan-perayaan di Jepun!


Di Jepun mereka menyebut perayaan sebagai "matsuri". Hasil temubual kami dengan Dr. Hiroko, masyarakat Jepun mengamalkan semua sambutan tanpa mengira agama dan bangsa.

Ini sama seperti masyarakat Cina di negara kita dimana, kebanyakan masyarakat Cina adalah lebih terbuka untuk menyambut kepelbagaian perayaan di Malaysia tanpa mengira agama atau mazhab jika dibandingkan dengan kaum India dan kaum lain-lain.

Melalui pembacaan, kami mendapati masyarakat Jepun masih menghargai nilai-nilai tradisi walaupun Negara Jepun telah bertukar menjadi sebuah negara yang moden. Masyarakat Jepun masih terus merayakan hari-hari kebesaran dan perayaan-perayaan yang wujud sejak zaman silam.

Sehingga ini, terdapat pelbagai perayaan di Jepun yang menggambarkan kepercayaan, pegangan hidup dan sikap masvarakat Jepun.

Bagi mereka, perayaan menandakan perubahan musim.

Sebab itulah, di Jepun terdapat pelbagai sambutan perayaaan.

Perayaan yang paling popular di Jepun adalah Sambutan Tahun Baru! Pada entry sebelum ini kita dah tahukan tentang makanan istimewa yang disediakan semasa sambutan Tahun Baru di Jepun?  Kalau tak ingat, ni nak marah ni! Click Itadakimasu untuk baca tentang juadah istimewa yang disediakan semasa Sambutan Tahun Baru di Jepun!


Sambutan Tahun Baru di Jepun 

*sila baca mengikut rentak doraemon*


Sejak zaman dahulu lagi, di  setiap awal tahun baru (1 haribulan 1) merupakan salah satu hari penggantian musim (sechi-nichi) untuk merayakan kepulangan dewa padi ke gunung. 

Kini, perayaan  Tahun Baru Jepun (正月 shōgatsu)  merupakan satu-satunya perayaan penggantian musim yang masih disambut di Jepun.



Tarikh Tahun Baru ini adalah berdasarkan kalendar lunisolar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam!


Tambahan lagi, yang menariknya tentang Tahun Baru di Jepun ini ialah terdapatnya aktiviti menghantar post card ! Eh sama pula macam di Malaysia bukan? hehe. Kita ada juga tukar-tukar pos kad raya selalunya sampai kepada penerima seminggu sebelum sambutan Hari Raya ataupun dipanggil dengan nama sambutan Aidil Fitri.

Betul, zaman sekarang memang tidak berapa  popular sangat aktiviti pos-mengepos kad raya ni di era urbanisasi macam hari ini. Iyalah, semuanya nak memaksimakan kecanggihan dan kepantasan teknologi, dunia di hujung jari. 

Di Jepun, waktu penghujung bulan Disember dan awal bulan Januari merupakan musim paling sibuk bagi pejabat pos di Jepun. Masyarakat Jepun mengamalkan adat menghantar poskad tahun baru  yang dinamakan (年賀状 nengajō)



Tujuan asal adalah pengirim sekeluarga hendak bertanya khabar kepada sanak-saudara yang berjauhan. Justeru, adat ini wujud bagi mengetahui khabar kenalan yang tidak selalu mereka berjumpa.


Poskad Tahun Baru boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Contohnya, kedai alat tulis menjual kad tercetak. Kebanyakan poskad ini berhiaskan bintang zodiak Cina bagi tahun baru dan ucapan tahun baru. 


ini adalah contoh rupa bentuk poskad tersebut
*sumber ihsan Google*

Baiklah, cukuplah perkosngsian tentang Tahun Baru. Ayuh kita pergi pula kepada perayaan yang ada tarian? 

Di Jepun terdapat satu perayaan yang dinamakan Perayaan OBON. Melalui pembacaan, dapat kita simpulkan bahawa Perayaan Obon di Jepun pada masa kini lebih kepada hiburan sempena Musim Panas di Jepun. Semasa perayaan Obon inilah terdapatnya TARI AWA !




taraa. cuba teka mereka tengah buat apa ini? Mereka sedang menari TARI AWA !


Tari Awa (阿波踊り Awa Odori) ini, tiada kena mengena langsung dengan lagu Taufik Batishah; "Awak dekat mana". *awa, awa kat mana* Tari Awa ini, adalah sejenis tarian yang berasal dari Daerah Awa (阿波国 Awa-no kuni) Daerah lama Jepun yang sekarang menjadi bahagian daripada Wilayah Tokushima di pulau Shikoku

Tari Awa ditarikan pada  setiap tahun tanggal 12-15 Ogos  secara beramai-ramai di berbagai kota dan desa di Wilayah Tokushima untuk menyambut perayaan Obon

Penari Awa menari dalam kelompok-kelompok yang disebut "ren" sambil menari-nari di jalan. Penari-penari wanita menari dengan posisi tubuh tegak dan tangan yang digerak-gerakkan di atas kepala sambil mengenakan Yukata (浴衣),  (sejenis kimono yang dibuat daripada  kapas) dan topi anyaman (Amigasa) yang hampir menutupi wajah bahagian atas. Alas kaki yang digunakan adalah sandal dari kayu yang disebut "Geta"Pada gerakan tari untuk wanita, kaki dan tangan digerakkan secara anggun. Berlainan dengan Yukata yang dikenakan sehari-hari, penari Awa mengenakan Yukata dengan pakaian di dalam seperti (Juban) dan (susoyoke), dan penutup lengan yang disebut (tekko).

Manakala Tari Awa yang dibawakan penari lelaki pula mengenakan celana pendek yang disebut pula (Hanten). Pria juga boleh memakai Yukata dengan kain Yukata di bahagian kaki diangkat ke bagian pinggang, sehingga celana pendek yang dikenakan terlihat. Bila mengenakan Yukata, maka tarian tersebut disebut pula Yukata Odori (tarian Yukata). Penari lelaki menari dengan pinggul direndahkan, serta gerakan tangan dan kaki yang pelbagai.



Kebiasaanya, anak-anak perempuan akan menari Awa dengan memakai kostum penari lelaki dan menarikan gerakan tari Awa untuk lelaki. 



Setelah membaca penerangan panjang-panjang tentang Tari Awa ini, anda ada bayangkan atau tidak bagaimana sebenarnya Tari Awa ini? hehe Adakah bayangan anda sama seperti yang terdapat dalam video daripada Youtube di bawah ini? jeng..jeng..jengg





Sebenarnya terdapat banyak lagi perayaan di Jepun ini, PERAYAAN DI JEPUN ada  yang dikhususkan untuk kanak-kanak iaitu Shichi-Go-San.Tak sabar nak pergi Jepun dapat tengok dengan mata sendiri satu jenis perayaan pun jadilah. InshaAllah, kalau ada rezekiNya.

itterasshai ( いってらっしゃい)

宗教

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa itu apa itu? Ahaaa! Mesti tertanya-tanyakan apa maksud entri kami kali ini kan? Baca baik-baik ea :). Nak tahu? Teruskan membaca.

.
.
.


Shūkyō 宗教 adalah perkataan yang ditulis dalam tulisan kanji seperti tajuk entri kali ini yang membawa maksud AGAMA. Dah tahukan? Jadi kali ini kami akan bercerita mengenai agama-agama yang terdapat di Jepun.






Wow! Gambar apakah ini? Inilah lambang salah satu agama di Jepun iaitu Shinto. Shinto merupakan agama rasmi Negara Jepun. Agama ini adalah gabungan Animisme dan Buddha. Hampir 71% masyarakat di Jepun menganuti agama ini. Shinto juga bermakna "the way of the gods"

Kepercayaan mereka? Mereka percaya bahawa nenek moyang yang telah mati boleh menjaga keluarga yang masih hidup. Ahli keluarga yang masih hidup akan memberi makanan kepada nenek moyang di tokong kecil (di dalam rumah), tiga hari selepas itu ahli keluarga yang masih hidup akan makan makanan tersebut. Apa yang menarik perhatian kami mengenai Shinto adalah, penganutnya tidak kisah dengan apa yang disembah dan selalunya mereka akan menyembah benda yang mereka percaya sebagai "tuhan" di sekitar kawasan mereka.

Pernah tengok cerita China atau Jepun? Mesti pernah lihat mereka ke tokong besar, baling duit ditempat yang disediakan kemudian menggoyangkan loceng dan akhir sekali mereka menepuk tangan. Itu juga dinamakan Shinto.

Inilah Kuil Shinto "Shinto Shrine" atau tugu melambangkan agama Shinto



Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada agama lain yang ada Negara Matahari Terbit ini iaitu agama Kristian. Di Jepun hanya sedikit rakyatnya menganut agama ini tetapi Kristian sangat berkuasa. Berkuasa dari segi apa? Begini, banyak sekolah di Jepun dan universiti berasaskan agama Kristian "Christian Based".  Contoh yang terkenal adalah Sophia University Tokyo, Jepun.


Logo Sophia University

Tambahan lagi, masyarakat di Jepun menganggap agama Kristian ini sesuai dengan jiwa mereka kerana terlihat moden, fashionable dan muzik di dalam gereja yang masuk dalam jiwa mereka. Jadi tidak mustahil di Jepun adat perkahwinan mereka adalah berdasarkan agama kristian iaitu mereka dikahwinkan di dalam gereja dan memakai pakaian ala-ala barat iaitu tuxedo bagi lelaki dan dress bagi wanita.



Beginilah sambutan perayaan krismas di Jepun di mana penduduknya akan berpakaian seperti Santa Klaus untuk meraikan sambutan ini.Yang menariknya, disebabkan kejayaan satu iklan dan kempen pada tahun 1970 telah menyebabkan makan di KFC menjadi satu kemestian (adat kebangsaan) "national custom". Lebih menarik lagi, walaupun 25 December adalah tarikh sambutan Krismas, pada tarikh tersebut rakyat Jepun masih bekerja. Mereka menyambutnya lebih awal iaitu pada Christmas Eve.




Video ini menunjukkan beberapa fakta menarik dan lucu mengenai sambutan Christmas Eve di Japan.



Penat baca? Tunggu dulu. Jangan ingat Islam tiada di Jepun. Ada tetapi sangat minoriti iaitu 0.1% Muslim di Jepun. "Rakyat Jepun kebanyakannya dari hidup hingga mati tidak mengenal Islam, ada orang Islam seperti Indonesia dan negara arab yang bermastautin di Jepun tetapi hanya hidup dalam kelompok mereka dan tidak berdakwah mengenai Islam" (Hiroko,2016). Sedih bukan? :(. Tetapiii terdapat 50 masjid tau di Jepun dan yang mengagumkan adalah terbinanya sebuah masjid yang ukirannya seperti masjid di Istanbul. Masjid ini terletak di Sinjuku, Tokyo yang dikenali sebagai Tokyo Cami.


Nak tahu bagaimana reka bentuk dan rupanya. Lihat ini:









Sekian entri kali ini. Jumpa di entri seterusnya. Arigatto!

ITADAKIMASU !

Itadakimasu ( いただきます)  bermaksud "Mari makan!". 

Kita selalu lihat dalam cerita-cerita Jepun, animasi seperti "Doraemon" atau bukan animasi seperti "1 litre of tears" ke mesti kita akan nampak sebelum makan, mereka akan menyebut "itadakimasu!".


Tapi, kali ini kita  bukan nak cerita tentang itu. Hihi.

Di ruang ilmu ini, bukan ruang rindu kami nak cerita tentang topik paling best untuk dibincangkan iaitu MAKANAN!

Sekarang, kita nak cerita pasal makanan pula. Yayy! 

Seronoknya pergi Jepun ini sebab makanan ruji mereka sama seperti kita! Ya! Nasi! Makanan ruji bagi Orang Jepun juga adalah NASI. Tiba-tiba teringat temubual dengan Dr. Hiroko:


  kami          :Dr., makanan ruji kat Jepun nasi kan, Nasi Kepal? 
  Dr. Hiroko    :Iya! betul! Sama macam sini, kita makan nasi! *mukabahagia*

Nasi Goreng 

Di Malaysia, untuk mendapatkan nasi goreng sangat mudah bukan?

Jangan risau! Di Jepun juga terdapat nasi goreng yang dipanggil; Yakimeshi. Bahan-bahannya terdiri daripada kobis, lobak merah, ayam dan lain-lain. Hampir sama ramuannya seperti nasi goreng biasa di Malaysia bukan? Namun apa yang membuatkan nasi goreng Malaysia dan Jepun berbeza adalah Cili. 


Cili tidak dibubuhkan dalam penghasilan nasi Goreng di Jepun.



Sekarang, ayuh kita pergi pula kepada sejenis makanan yang paling melambangkan budaya Melayu kita iaitu Nasi Lemak



Jika di Jepun pula mereka ada nasi yang seakan-akan Nasi Lemak iaitu Nasi Kepal! hihi  Tetapi Nasi Kepal tidak mempunyai rasa lemak santan seperti Nasi Lemak.

Anda mahu lihat bagaimana rupa Nasi Kepal tersebut?

Jika anda sedang berpuasa dinasihatkan untuk tidak melihatnya. Nanti sedih :( Nanti khuatir jatuh hukum makruh.


Ha, nasi kepal ini jika di Jepun namanya, Onigiri. Kalau nasi lemak lauknya diluar, tetapi Onigiri ini, lauknya ada di dalam!.Telah dikepal-kepal dengan nasi. haha

Onigiri jenis paling sederhana biasanya berisikan daging ikan salmon panggang. Cara penyediannya pula dipanggang. Ada Onigiri yang dipanggang  sebelumnya dilumuri kicap masin atau miso (sejenis sup pekat dibuat daripada beras) ada yang setelah dipangang baru dilumurkan kicap masin atau miso ini.
 
Dalam mangkuk itu, yang berwarna oren-oren itu  adalah buah Aprikot yang telah diasinkan. Dalam Bahasa Jepun ianya dipanggil  Umeboshi. Manakala dalam mangkuk lagi satu itu anda tahu bukan, isinya apa? Ya! Rumpai Laut!


Semasa sambutan Tahun Baru mereka ada masakan istimewa! Nama juadah tersebut ialah Osechi-ryōri (御節料理) masakan Osechi).


Osechi disusun rapi di dalam kotak kayu bersusun yang disebut jūbako (重箱). Hanya lauk yang diatur di dalam jubako sahaja boleh disebut sebagai masakan osechi. 

taraaa. ini lah Osechi-ryōri dalam kotak kayu bersusun yang dinamakan  jūbako

Dalam bahasa Jepun, istilah "osechi" dahulunya bermaksud pergantian musim yang dikenal dengan sebutan sechi-nichi atau sekku. Hari pergantian musim dirayakan dengan memasak makanan khusus yang disebut Osechi-ryōri.

Kotak kayu bersusun untuk masakan osechi ini dipercayai adalah sebagai lambang kepada keuntungan yang berlipat-ganda!



Pada zaman sekarang, osechi sering dikatakan makanan mewah untuk tahun baru. Makanan osechi bukan saja berupa makanan khas Jepun yang dimasak dengan kicap, gula, atau mirin (sejenis alkohol), tetapi boleh juga berupa makanan Barat dan makanan Cina. Masakan osechi ala Barat disebut seiyō-osechi (西洋お節), sedangkan masakan osechi ala Cina disebut chūkafū osechi (中華風お節). Makanan osechi yang dahulunya merupakan masakan rumah kini boleh dipesan di pasar raya, restoran, dan gerai.


Selain juadah yang dinamakan Osechi-ryōri ini, terdapat satu lagi makanan yang disediakan semasa sambutan Tahun Baru ini. Makanan ini merupakan sejenis kuih. Eh, macam sambutan Hari Raya Aidilfitri kita pula ya ada penyediaan-penyedian kuih. Tetapi, semasa sambutan Aidilfitri kita ada kuih-muih (pelabagai jenis kuih), di Jepun hanya terdapat satu penyediaan kuih iaitu MOCHI


Mochi (餅) adalah kuih Jepun yang dibuat daripada beras pulut, ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudian dibentuk bulat-bulat. Di Jepun, kuih ini sering dibuat dan dimakan semasa perayaan tradisional (mochitsuki) atau perayaan tahun baru Jepun. Namun demikian, jenis kuih ini dijual dan dapat dibeli di kedai-kedai sepanjang tahun. Ia memiliki rasa yang khas iaitu lembut di saat pertama kali dimakan, dan lama kelamaan menjadi likat.
Jika anda terfikir macammana sebenarnya kenyal-kenyal kuih Mochi ini, anda bayangkanlah ketika anda mengunyah kuih Koci. Tekstur kedua-dua kuih ini adalah hampir sama, sama seperti bunyi nama kuih ini; Mochi - Kochi hihi

Ini kerana kuih Koci dan Mochi kedua-duanya adalah terhasil daripada tepung beras pulut.

Mochi berinti pelbagai samaada kacang merah atau coklat. Mochi juga boleh di cicah dengan kicap atau  boleh juga dimakan begitu sahaja.

Mochi yang dimakan bersama kicap

Mochi yang dipanggang
Mochi inti kacang merah

Kuih Koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di MalaysiaIndonesia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. 

Kuih Koci

Meskipun rasa kulit luar Kuih Koci dan Kuih Mochi adalah sama tetapi bentuk penyediaan dan isi bagi kedua-dua kuih ini adalah berbeza. Kuih Mochi mesti disediakan  bungkusan daun pisang sebelum dikukus manakala Kuih Mochi tidak memerlukan kita berbuat sedemikian.

Namun begitu, berhati-hati ketika memakan Kuih Mochi kerana kuih ini pernah menyebabkan kematian

Maaf, terpaksa berhenti sampai di sini dahulu. Perut telah mula main lagu keroncong. Jumpa lagi dalam entry yang lain untuk perkongsian menarik di Jepun! Stay tune!

Perwatakan Sudah, Bahasa Pun Sudah, Jadi Apa pula kali ini?

                           




Gambar apa pula ini? Sabar ya semua. Sebelum itu, Assalamualaikum~ Kabare? Waras? Po orak? Adakah anda faham? Jika yang ada darah Jawa sudah tentu faham. Hai kawan! Kabare tu apa khabar, waras pulak bermaksud baik/sihat, po maknanya atau dan orak itu tidak. Ilmu tu ilmu. Rasulullah pun ada bagitahu sampaikanlah walaupun satu ayat. Nahhh. Jadi saya sampaikan sedikit tentang Bahasa Jawa :').

Okey, berbalik kepada gambar pelajar beruniform sekolah, apa pulak entri yang akan kami kongsikan kali ini? Anime ke? Yeayyy anime~, bukan, bukan, bukan :P. Baiklah, kali ini kami akan berkongsi dengan anda mengenai: 

~Pendidikan di Jepun 
dan 
Kelayakan untuk di terima bekerja.~

Entri kali ini sebenarnya sambungan entri "Jeng...Jeng...Jeng".


Baiklah. Nampak hujan membasahi bumi UIA hari ini. Okay tiada kena mengena pun :P. Kita sambung cerita entri lepas bermula sekarang. Zuuuppppp.... (bunyi angin sebab berlari terlalu laju XD).

Mesti nak tahukan Sistem Pendidikan di Jepun ni macam mana? Nah, sila baca sampai hadam ya sahabat-sahabat sekalian :D

Pendidikan di Jepun terdiri daripada 4 peringkat.


Pertama


Peringkat Sekolah Rendah (Darjah 1 Hingga 6)



Kedua


Peringkat Sekolah Menengah Rendah "Junior High School" (Tingkatan 1 Hingga 3)

Ketiga

Peringkat Sekolah Menengah Tinggi "High School" (Tingkatan 4 Hingga 6)

Keempat


Peringkat Universiti (Selama 4 Tahun)



Menurut Hiroko Sensei, pelajar di Jepun hanya diwajibkan ke sekolah dari Umur 6 Tahun (Tadika) sehingga Tingkatan 3 (Junior High School), ibu bapa yang gagal menyekolahkan anak mereka pada peringkat ini akan dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan. Dahsyatkan mereka? Selepas tamat Junior High School mereka diberi peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sekolah Menengah Tinggi atau tidak. Akan tetapi menurut beliau lagi, kini 100% pelajar di Jepun melanjutkan pelajaran ke peringkat Sekolah Menengah Tinggi.

Inginkan fakta yang lebih mengejutkan? Mari sini kami nak cerita.

Di Jepun, kelayakan paling minimum untuk bekerja adalah individu itu lepasan Sekolah Menengah Tinggi. Manakala kelayakan paling hebat dan bagus untuk melayakkan diri menjawat jawatan dalam apa-apa sektor pekerjaan bagi rakyat Jepun adalah Peringkat Sarjana Muda "Degree". Para majikan sangat mengalu-alukan dan berminat untuk mengambil mereka sebagai pekerja. Mesti kalian tanya apa yang mengejutkan kan? Nak ceritalah ni :D

Para majikan tidak sama sekali memandang kelulusan anda dalam peringkat Sarjana "MASTER"  atau Doktor Falsafah "PHD". Majikan tidak akan menerima mereka di peringkat ini untuk bekerja kerana tiada pengalam luas dan sudah tua. Mereka lebih suka pemuda yang gagah, kuat dan cergas untuk bekerja walaupun sekadar Sekolah Menengah Tinggi mahupun Sarjana Muda kerana pada peringkat ini, selepas tamat pengajian, mereka terus bekerja dan menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk mempertingkat daya saing dan keupayaan dalam bekerja. Gituuu :D. Terkejut tak? Tipu tak terkejut :P

Sekian entri kali ini. Jumpa lagi di entri seterusnya :D


Doumo ( どうも )






Omotenashi?

Seperti yang kita tahu masyarakat di  Jepun bukan sahaja kaya dengan teknologi yang canggih, tetapi kaya dengan budi bahasa dan moral  yang baik.

Melalui pembacaan yang gigih, layanan penduduk Jepun ke atas pengunjung tidak pernah mengecewakan!! Memang apabila anda datang ke bumi Matahari Terbit ni anda akan rasa sangat dialu-alukan !

Oh, anda pernah dengar tentang Omotenashi? Jika menonton drama Korea, perkataan Omo.. Omo itu mesti kita biasa dengarkan? Tetapi, jika dalam bahasa Jepun, Omotenashi pernah dengar atau tidak?

Omotenashi  ini mudahnya untuk difahami adalah "hospitality" bermakna layanan host ke atas tetamu. Dan di Jepun “hospitality” yang mereka sediakan memang TERBAIK!

Pada mulanya kami beranggapan bahawa budaya “omotenashi” ni hanya dipraktikan untuk menyambut kedatangan tetamu ke rumah rupa-rupanya, budaya Omotenashi ni juga popular dan dipraktikkan di kedai-kedai perusahaan perniagaan di Jepun!

Cuba anda bayangkan, apabila anda masuk ke dalam kedai-kedai di Jepun, anda bukan sahaja anda di sambut dengan ucapan “irassyaimase” bersama dengan senyuman yang betul datang dari hati, *dah la gadis-gadis Jepun putih melepak, hmm kalau senyum memang banyaklah kumbang pengsan* malah layanan untuk pelanggan ataupon “customer service”  memang terbaik!

Tidak percaya? Sila tengok video ni!






Anda perasan tidak, pengusaha perniagaan itu bercakap seperti ini dalam video:

“We sell things, but not that is all. We want customers to walk away with that feeling”

Apabila sahaja terbaca ayat tersebut, sungguh  hati wanita seperti kami yang lembut ini tersentuh. cehceh

Tapi, what feeling? Mari kami terjemah maksud that feeling itu sebagai perasaan yang bagus, perasaan untuk datang lagi dan membeli-belah di situ!

Dan anda tahu atau tidak, sebenarnya budaya Omotenashi  ini sengaja dihebahkan untuk menarik lebih ramai lagi pelancong ke Jepun. Inilah kita panggil strategi! Tidak mengapa jika anda tidak tahu tentang strategi ini, kerana kami juga baru tahu apabila Dr. Hiroko beritahu. 


Dan, budaya Omotenashi ni menerima kritikan yang hebat di media masa. Ada sesetengah pihak beranggapan hebahan budaya  Omotenashi di Jepun ni agak offensive kerana ianya membawa idea bahawa sesebuah negara tu paling “sopan” dari sesebuah negara yang lain. Dan seharusnya amalan ini bukan untuk dipertunjukkan. Ada juga penduduk tempatan yang mengeluarkan pendapat bahawa Jepun sememangnya layak menjadi tuan rumah untuk Olimpik 2020 nanti kerana adanya budaya Omotenashi yang diamalkan ini.


Tidak kisahlah bagaimanapun andaian dan cara pandangan masing-masing, teringat pula pembelajaran Sir Nadzrin minggu lalu, tentang buruk sangka; stereotaip, prejudis dan sebagainya. 

Sebenarnya betul, semuanya kembali atas diri kita sendiri. Jika dilihat dari sudut positif maka baiklah ia, jika sebaliknya begitulah jadinya. Mari kita ambil kembali pesan atuk nenek kita;

“Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.” 



Jumpa lagi dalam entri seterusnya!