YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 31, 2016

Perwatakan Sudah, Bahasa Pun Sudah, Jadi Apa pula kali ini?

                           




Gambar apa pula ini? Sabar ya semua. Sebelum itu, Assalamualaikum~ Kabare? Waras? Po orak? Adakah anda faham? Jika yang ada darah Jawa sudah tentu faham. Hai kawan! Kabare tu apa khabar, waras pulak bermaksud baik/sihat, po maknanya atau dan orak itu tidak. Ilmu tu ilmu. Rasulullah pun ada bagitahu sampaikanlah walaupun satu ayat. Nahhh. Jadi saya sampaikan sedikit tentang Bahasa Jawa :').

Okey, berbalik kepada gambar pelajar beruniform sekolah, apa pulak entri yang akan kami kongsikan kali ini? Anime ke? Yeayyy anime~, bukan, bukan, bukan :P. Baiklah, kali ini kami akan berkongsi dengan anda mengenai: 

~Pendidikan di Jepun 
dan 
Kelayakan untuk di terima bekerja.~

Entri kali ini sebenarnya sambungan entri "Jeng...Jeng...Jeng".


Baiklah. Nampak hujan membasahi bumi UIA hari ini. Okay tiada kena mengena pun :P. Kita sambung cerita entri lepas bermula sekarang. Zuuuppppp.... (bunyi angin sebab berlari terlalu laju XD).

Mesti nak tahukan Sistem Pendidikan di Jepun ni macam mana? Nah, sila baca sampai hadam ya sahabat-sahabat sekalian :D

Pendidikan di Jepun terdiri daripada 4 peringkat.


Pertama


Peringkat Sekolah Rendah (Darjah 1 Hingga 6)



Kedua


Peringkat Sekolah Menengah Rendah "Junior High School" (Tingkatan 1 Hingga 3)

Ketiga

Peringkat Sekolah Menengah Tinggi "High School" (Tingkatan 4 Hingga 6)

Keempat


Peringkat Universiti (Selama 4 Tahun)



Menurut Hiroko Sensei, pelajar di Jepun hanya diwajibkan ke sekolah dari Umur 6 Tahun (Tadika) sehingga Tingkatan 3 (Junior High School), ibu bapa yang gagal menyekolahkan anak mereka pada peringkat ini akan dikenakan tindakan undang-undang oleh kerajaan. Dahsyatkan mereka? Selepas tamat Junior High School mereka diberi peluang untuk meneruskan pengajian ke peringkat Sekolah Menengah Tinggi atau tidak. Akan tetapi menurut beliau lagi, kini 100% pelajar di Jepun melanjutkan pelajaran ke peringkat Sekolah Menengah Tinggi.

Inginkan fakta yang lebih mengejutkan? Mari sini kami nak cerita.

Di Jepun, kelayakan paling minimum untuk bekerja adalah individu itu lepasan Sekolah Menengah Tinggi. Manakala kelayakan paling hebat dan bagus untuk melayakkan diri menjawat jawatan dalam apa-apa sektor pekerjaan bagi rakyat Jepun adalah Peringkat Sarjana Muda "Degree". Para majikan sangat mengalu-alukan dan berminat untuk mengambil mereka sebagai pekerja. Mesti kalian tanya apa yang mengejutkan kan? Nak ceritalah ni :D

Para majikan tidak sama sekali memandang kelulusan anda dalam peringkat Sarjana "MASTER"  atau Doktor Falsafah "PHD". Majikan tidak akan menerima mereka di peringkat ini untuk bekerja kerana tiada pengalam luas dan sudah tua. Mereka lebih suka pemuda yang gagah, kuat dan cergas untuk bekerja walaupun sekadar Sekolah Menengah Tinggi mahupun Sarjana Muda kerana pada peringkat ini, selepas tamat pengajian, mereka terus bekerja dan menimba sebanyak mungkin pengalaman untuk mempertingkat daya saing dan keupayaan dalam bekerja. Gituuu :D. Terkejut tak? Tipu tak terkejut :P

Sekian entri kali ini. Jumpa lagi di entri seterusnya :D


Doumo ( どうも )






No comments:

Post a Comment