YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 31, 2016

le fiesta

Amboi. tajuk entry ala-ala Spanish. taknak kalah.

Tapi kami bukan nak cerita tentang la fiesta yang party-party itu. Hari ini perkongsian kita adalah tentang perayaan-perayaan di Jepun!


Di Jepun mereka menyebut perayaan sebagai "matsuri". Hasil temubual kami dengan Dr. Hiroko, masyarakat Jepun mengamalkan semua sambutan tanpa mengira agama dan bangsa.

Ini sama seperti masyarakat Cina di negara kita dimana, kebanyakan masyarakat Cina adalah lebih terbuka untuk menyambut kepelbagaian perayaan di Malaysia tanpa mengira agama atau mazhab jika dibandingkan dengan kaum India dan kaum lain-lain.

Melalui pembacaan, kami mendapati masyarakat Jepun masih menghargai nilai-nilai tradisi walaupun Negara Jepun telah bertukar menjadi sebuah negara yang moden. Masyarakat Jepun masih terus merayakan hari-hari kebesaran dan perayaan-perayaan yang wujud sejak zaman silam.

Sehingga ini, terdapat pelbagai perayaan di Jepun yang menggambarkan kepercayaan, pegangan hidup dan sikap masvarakat Jepun.

Bagi mereka, perayaan menandakan perubahan musim.

Sebab itulah, di Jepun terdapat pelbagai sambutan perayaaan.

Perayaan yang paling popular di Jepun adalah Sambutan Tahun Baru! Pada entry sebelum ini kita dah tahukan tentang makanan istimewa yang disediakan semasa sambutan Tahun Baru di Jepun?  Kalau tak ingat, ni nak marah ni! Click Itadakimasu untuk baca tentang juadah istimewa yang disediakan semasa Sambutan Tahun Baru di Jepun!


Sambutan Tahun Baru di Jepun 

*sila baca mengikut rentak doraemon*


Sejak zaman dahulu lagi, di  setiap awal tahun baru (1 haribulan 1) merupakan salah satu hari penggantian musim (sechi-nichi) untuk merayakan kepulangan dewa padi ke gunung. 

Kini, perayaan  Tahun Baru Jepun (正月 shōgatsu)  merupakan satu-satunya perayaan penggantian musim yang masih disambut di Jepun.



Tarikh Tahun Baru ini adalah berdasarkan kalendar lunisolar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam!


Tambahan lagi, yang menariknya tentang Tahun Baru di Jepun ini ialah terdapatnya aktiviti menghantar post card ! Eh sama pula macam di Malaysia bukan? hehe. Kita ada juga tukar-tukar pos kad raya selalunya sampai kepada penerima seminggu sebelum sambutan Hari Raya ataupun dipanggil dengan nama sambutan Aidil Fitri.

Betul, zaman sekarang memang tidak berapa  popular sangat aktiviti pos-mengepos kad raya ni di era urbanisasi macam hari ini. Iyalah, semuanya nak memaksimakan kecanggihan dan kepantasan teknologi, dunia di hujung jari. 

Di Jepun, waktu penghujung bulan Disember dan awal bulan Januari merupakan musim paling sibuk bagi pejabat pos di Jepun. Masyarakat Jepun mengamalkan adat menghantar poskad tahun baru  yang dinamakan (年賀状 nengajō)



Tujuan asal adalah pengirim sekeluarga hendak bertanya khabar kepada sanak-saudara yang berjauhan. Justeru, adat ini wujud bagi mengetahui khabar kenalan yang tidak selalu mereka berjumpa.


Poskad Tahun Baru boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Contohnya, kedai alat tulis menjual kad tercetak. Kebanyakan poskad ini berhiaskan bintang zodiak Cina bagi tahun baru dan ucapan tahun baru. 


ini adalah contoh rupa bentuk poskad tersebut
*sumber ihsan Google*

Baiklah, cukuplah perkosngsian tentang Tahun Baru. Ayuh kita pergi pula kepada perayaan yang ada tarian? 

Di Jepun terdapat satu perayaan yang dinamakan Perayaan OBON. Melalui pembacaan, dapat kita simpulkan bahawa Perayaan Obon di Jepun pada masa kini lebih kepada hiburan sempena Musim Panas di Jepun. Semasa perayaan Obon inilah terdapatnya TARI AWA !




taraa. cuba teka mereka tengah buat apa ini? Mereka sedang menari TARI AWA !


Tari Awa (阿波踊り Awa Odori) ini, tiada kena mengena langsung dengan lagu Taufik Batishah; "Awak dekat mana". *awa, awa kat mana* Tari Awa ini, adalah sejenis tarian yang berasal dari Daerah Awa (阿波国 Awa-no kuni) Daerah lama Jepun yang sekarang menjadi bahagian daripada Wilayah Tokushima di pulau Shikoku

Tari Awa ditarikan pada  setiap tahun tanggal 12-15 Ogos  secara beramai-ramai di berbagai kota dan desa di Wilayah Tokushima untuk menyambut perayaan Obon

Penari Awa menari dalam kelompok-kelompok yang disebut "ren" sambil menari-nari di jalan. Penari-penari wanita menari dengan posisi tubuh tegak dan tangan yang digerak-gerakkan di atas kepala sambil mengenakan Yukata (浴衣),  (sejenis kimono yang dibuat daripada  kapas) dan topi anyaman (Amigasa) yang hampir menutupi wajah bahagian atas. Alas kaki yang digunakan adalah sandal dari kayu yang disebut "Geta"Pada gerakan tari untuk wanita, kaki dan tangan digerakkan secara anggun. Berlainan dengan Yukata yang dikenakan sehari-hari, penari Awa mengenakan Yukata dengan pakaian di dalam seperti (Juban) dan (susoyoke), dan penutup lengan yang disebut (tekko).

Manakala Tari Awa yang dibawakan penari lelaki pula mengenakan celana pendek yang disebut pula (Hanten). Pria juga boleh memakai Yukata dengan kain Yukata di bahagian kaki diangkat ke bagian pinggang, sehingga celana pendek yang dikenakan terlihat. Bila mengenakan Yukata, maka tarian tersebut disebut pula Yukata Odori (tarian Yukata). Penari lelaki menari dengan pinggul direndahkan, serta gerakan tangan dan kaki yang pelbagai.



Kebiasaanya, anak-anak perempuan akan menari Awa dengan memakai kostum penari lelaki dan menarikan gerakan tari Awa untuk lelaki. 



Setelah membaca penerangan panjang-panjang tentang Tari Awa ini, anda ada bayangkan atau tidak bagaimana sebenarnya Tari Awa ini? hehe Adakah bayangan anda sama seperti yang terdapat dalam video daripada Youtube di bawah ini? jeng..jeng..jengg





Sebenarnya terdapat banyak lagi perayaan di Jepun ini, PERAYAAN DI JEPUN ada  yang dikhususkan untuk kanak-kanak iaitu Shichi-Go-San.Tak sabar nak pergi Jepun dapat tengok dengan mata sendiri satu jenis perayaan pun jadilah. InshaAllah, kalau ada rezekiNya.

itterasshai ( いってらっしゃい)

No comments:

Post a Comment