Assalamualaikum semua! Konichiwa ~
Bertemu lagi dalam entri kali ini
:D. Harap semuanya sihat walafiat di dalam naungan rahmat Allah. Sebelum menjejakkan diri ke negara Jepun, jom kita kenali masyarakat Jepun!
Haaa, pasti
ramai sudah tidak sabar ingin mengetahui tentang Negara Jepun kan? Yeayyy! Kami yang
menulis pun excited XD.
Okey kali ini kami akan bercerita
mengenai kecenderungan emosi atau perwatakan masyarakat Jepun. Seronokkan?
Hasil temubual kami dengan Hiroko Sensei, beliau mengatakan bahawa orang Jepun
ni pemalu, banyak berdiam dan kurang memberi respon jika berbual. Aha! Pastikan
ada yang terkejut. Begitu juga kami. Kami ingat mereka jenis yang senang
berkomunikasi tetapi tidak sebenarnya.
Sebenarnya, pemalunya mereka kerana sifat lemah lembut dan sopan yang sudah mendarah daging dalam diri sehingga terbawa-bawa menjadi sifat dominan mereka. Dapat kita perhatikan dalam drama atau mungkin pengalaman kalian pernah berbual dengan orang Jepun, mereka bukan jenis yang outspoken, tetapi lemah lembut dan agak perlahan suaranya.Bahasa badan pula? Masyarakat Jepun sangat kurang dari segi bahasa badan, kurang ekspresi muka dan tidak ada pergerakan tangan. Tetapi bukan semua masyarakat Jepun begini, namun dominannya begitu. Ada lagi~, daripada temubual kami juga mendapati pemalunya mereka dapat dilihat juga ketika bercakap dalam bahasa lain selain Jepun. Mereka malu dengan skill bahasa asing mereka dan takut jikalau salah bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika berbual dengan penutur asli "native speaker" Bahasa Inggeris. Hanya baru-baru ini sahaja mereka mempraktiskan berbual dalam Bahasa Inggeris di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, perwatakan
masyarakat Jepun juga boleh kita lihat melalui jantina. Lepas ni ramailah yang
berangan-angan berzauj atau zaujahkan orang Jepun XD. Okey kembali kepada topik
asal, ini dia beberapa perwatakan masyarakat Jepun yang patut dipuji dan
contohi:
Lelaki Jepun.
Apa yang anda lihat? Terkejut?
Sabar-sabar. Untuk pengetahuan semua, lelaki di Jepun kebanyakannya berkahwin
lewat. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sebabnya, mereka melakukan persediaan secukupnya
sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Daripada gambar di atas juga jelas
memperlihatkan suami atau ayah di Jepun sangat bertanggungjawab terhadap
keluarganya. Dah ada yang berangan-angan ke bersuamikan lelaki Jepun? :P.
Setiap pagi jika anda berada di Jepun anda akan melihat situasi ayah berpimpin
tangan bersama-sama anak untuk menghantar mereka ke sekolah sebelum si ayah ke
tempat kerja. Malah jika anak mereka menangis atau merengek si ayah yang akan
memujuk lalu mendukung mereka. Baguskan? :’). Jelas perwatakan lelaki Jepun
sangat penyayang, prihatin dan sangat bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Wanita Jepun
Selembut-lembut wanita Jepun,
sebenarnya mereka sangatlah tegas dalam mendidik anak-anak agar berdisiplin
dalam kehidupan. Baguskan? Macam mana mereka(wanita Jepun) boleh menjadi
manusia berdisiplin? Melalui didikan ibu bapalah. Lalu mereka mendidik pula
anak-anak mereka.
Mereka melayan anak-anak mereka
seperti orang dewasa dan disebabkan itulah kanak-kanak Jepun tidak banyak
ragamnya. Hebat! Didikan mereka bukanlah untuk mengikut apa sahaja kehendak si
ibu tetapi lebih kepada mengajar mereka berfikir dan bertindak sewajarnya
sesuai dengan usia. Huuu. Kaum Adam yang baca entri ni nak cuba-cuba la tu cari
zaujah wanita Jepun :P
Jadi sebagai peringatan kepada
saya dan kalian semua, hayatilah hadith ini dan amalkan ya.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling
sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada
ahli keluarganya.” (Riwayat
Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan
aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan
kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah
orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat
Abu ‘Asakir)
Sebelum terlupa ada satu lagi
perwatakan masyarakat Jepun iaitu sangat sopan dan menghormati semua orang.
Buktinya setiap kali berterima kasih, mereka akan memberi tunduk hormat atau dalam Bahasa Jepun dipanggil reigi tadashii:
Terdapat 3
kategori tunduk hormat yang terdapat pada masyarakat Jepun iaitu; tunduk
sedikit, tunduk menghormati,tunduk lebih hormat .
Doumo! ( どうも )
No comments:
Post a Comment