YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 7, 2016

UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI!




Bukan main besar gambar peribahasa kita hari ni. hihi Ukur baju di badan sendiri. Kita biasakan mendengar peribahasa ini. Sekarang ini banyak pula cerita tentang anak-anak muda kita yang diisytiharkan muflis. Kenapa? Ini gara-gara tidak mengukur baju di badan sendiri ! Berbelanja berlebihan dan mengikut nafsu sehingga tiada simpanan, lebih menyedihkn lagi, berhutang pula!

Tetapi hari ini topik perbincangan kita bukan tentang peribahasa di atas ini ya. Perbincangan hari ini berkaitan dengan BAJU! hihi. 

Anda mesti perasan bukan, setiap negara pasti mempunyai baju atau pakain masing-masing  yang dapat melambangkan identiti sesuatu negara itu. Sebagai contoh, kalau di Malaysia, Baju Kebangsaan ialah Baju Kurung bagi perempuan dan Baju Melayu bagi lelaki.

Jika di Jepun?

KIMONO! Ya, pandainya!



JEPUN = KIMONO.

Tahukah anda pada zaman dahulu, ketika seseorang mahu mencuci kimono mereka, maka mereka perlu untuk membuka setiap helaian kain yang sudah dijahit sebelum disambung kembali untuk dipakai. Tetapi peredaran zaman telah membuatkan tradisi ini ditelan masa dan menjadikan pemakaian kimono sangat mudah!



Kimono dipakai oleh kedua-dua kaum; Lelaki dan Wanita.

Dan tahukah anda Kimono hadir dalam pelbagai jenis mengikut upacara yang dihadiri si pemakai.

Montsuki adalah yang paling formal di kalangan kaum lelaki. 

Montsuki
Adakah anda tahu terdapat lambang keluarga yang dipanggil sebagai Kamon di bahagian punggung pemakai. Kimono ini biasanya  berwarna biru tua dan hitam.

Tomesode 
Tomosode adalah Kimono yang paling formal dan dipakai oleh wanita yang sudah berkahwin. Seperti mana Montsuke, terdapat lambang keluarga pada bahagian tertentu Kimono ini. Ciri khas Tomesode adalah motif yang indah pada ''Suso'' (bagian bawah sekitar kaki). Tomesode dipakai ketika menghadiri resepsi perkahwinan, pesta dan upacara yang rasmi.

Tomosode

Furisode
Kalau Tomesode dipakai oleh golongan wanita yang sudah berkahwin, berbeza pula dengan Furisode yang dipakai gadis yang belum berkahwin lagi. Ciri khas Furisode adalah pada bahagian lengannya yang terjuntai ke bawa dan sangat lebar. Kimono ini adalah dalam warna-warni yang sangat cerah dan bercorak yang mampu menangkap mata memandang.
Furisode selalu dipakai pada waktu menghadiri upacara Seijin Shiki iaitu Hari Menjadi Dewasa, menghadiri resepsi perkahwinan rakan-rakan, dan melakukan kunjungan ke kuil Shinto di hari-hari awal Tahun Baru, Hatsumode.

Furisode
Homongi 
Homongi adalah Kimono formal untuk wanita yang sudah berkahwin atau andartu. Biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan, festival rasmi, Tahun Baru, dan upacara minum teh.

   


Homongi

Iromuji
Sejenis Kimono semiformal yang boleh Kimono formal jika mempunyai lambang keluarga yang terdapat pada bahagian tertentu kimono ini. Kimono jenis Iromuji umumnya tidak bermotif dan berwarna merah jambu, biru muda, kuning muda atau warna-warna lembut. Iromuji dipakai pada waktu menghadiri majlis perkahwinan atau upacara minum teh.
Iromuji
Tsukesage 
Tsukesage adalah Kimono semiformal untuk wanita yang telah atau belum menikah. Menurut tingkatan formalitinya, Tsukesage hanya satu paras dibawah Homongi. Kimono ini dipakai ketika menghadiri majlis perkahwinan, festival rasmi Tahun Baru, dan upacara minum teh yang tidaklah terlalu formal.

Tsukage
Komon 
Komon adalah Kimono santai untuk wanita yang telah atau belum berkahwin. Ciri khasnya adalah motif sederhana kecil yang berulang-ulang. Dikenakan pada waktu menghadiri majlis alumni, makan malam, bertemu dengan teman, dan menonton pertunjukan.

Komon
 Yukata


Yukata
Yutaka dipakai pada perayaan-perayaan pada musim panas. Yutaka mempunyai warna yang cerah dan reka bentuk yang mudah. Berbanding dengan kimono yang lain, Yutaka adalah lebih mudah untuk dipakai dan senang dijaga. Yang paling penting, kimono ini murah berbanding jenis-jenis Kimono yang lain.


Menarik bukan Negara Jepun namanya hanya satu iaitu Kimono tetapi ianya hadir dalam pelbagai jenis.


Saturday, April 2, 2016

Tottemo Daisuki Doraemon!






Selamat malam~ Tidurlah sayangku~

Ehhh, sudah sianglah, bangun! bangun harimau bangun! XD, mulakan pagi kita dengan senyuman paling indah dan segelas air kosong :D

Okey sebelum berceloteh dengan lebih panjang, Assalamualaikum semua :)

Siapa kenal doraemon? Semua kenal bukan? Saya paling minat doraemon. yeayyy!!! Apa maksud tajuk entri kali ini. Cuba teka cuba teka *tangan bergerak seperti Usup Welchar*. Kali ini saya tidak mahu terangkan dari awal apa maksud tajuk entri kali ini, saya mahu kalian baca sampai habis entri ini. Di akhir entri saya akan bagitahu :D. Ingat! Baca sampai habis ya kawan-kawan sekalian :D.

Apa menariknya Doraemon ini? Ahaaa! Sebab Doraemon dihasilkan di Jepun dan penulisnya juga orang Jepun :D

Ingin tahu sejarah ringkas kelahiran doraemon? Mari sini saya ceritakan.

Doraemon sebenarnya diciptakan sebagai robot kucing yang berwarna kuning dan mempunya dua telinga. Malangnya, setelah siap dicipta, Doraemon adalah satu-satunya robot kucing yang gagal
dalam misinya, tetapi dia tidak berputus asa dan terus mencuba tetapi hasilnya tetap buruk. Akhirnya, pengetua sekolah tempat doraemon belajar memutuskan untuk mengirimnya ke sekolah khusus dan di situ dia bertemu robot kucing penari yang canti bernama Dorami Yako. Pada waktu graduasi akademik, Doraemon membuat persembahan di atas pentas disaksikan orang yang berada di seluruh dunia. Doraemon muncul di pentas sebagai robot pengasuh. Setelah selesai persembahan, tidak ada sesiapa memilih Doraemon, tetapi tidak lama kemudian ada seorang bayi memilih Doraemon dan akhirnya dia lulus dari Akademik Robot dan dikirim ke rumah bayi yang memilih Doraemon.

Percaya atau tidak? Lihat video di bawah ini:


Kemudian, Doraemon dikirim kembali ke masa Nobita hidup oleh cicit Nobita, Sewashi, untuk memperbaiki kehidupan Nobita agar keturunannya merasakan kehidupan yang lebih baik. Dalam kehidupan aslinya (tanpa dibantu Doraemon), Nobita gagal dalam pelajaran sekolahnya, gagal dalam karier, dan meninggalkan keluarganya dengan masalah kewangan. 

Begitulah sejarah serba sedikit mengenai Doraemon.


Seterusnya kami ingan bercerita pula mengenai penulis komik Doraemon yang telah berjaya mencipta kejayaan besar bilamana komik Doraemon hasil karya menjadi terkenal dan dikenal seluruh dunia. Hebat bukan? :D Siapa beliau?



Fujimoto Hiroshi




Fujiko F. Fujio  merupakan nama pena bagi Fujimoto. Beliau dilahirkan pada 1 December 1993 di Toyama, Jepun. Mengenai Doraemon, Bilakah Fujiko menulis komik tentang kartun kesayangan ramai ini? Teka, teka?



Biografi Fujiko F. Fujio, Pencipta Doraemon

Okey, Komik Doraemon mula diterbitkan pada November 1969. Berkat kerja keras Fujiko membuahkan hasil apabila komik Doraemon laris di pasaran dan disukai kanak-kanak. Berikutan kejayaan ini, pada tahun 1970, Fujiko mengekspresikan idea komiknya kepada bentuk animasi kartun yang membuatkan doraemon semakin dikenali di seluruh pelusuk dunia. Susuk individu bernama Fujiko paling dikenali ramai ketika beliau sedang menyiapkan naskah siri animasi televisyen Doraemon dan filem Doraemon: Nobita's the Night Before a Wedding (Malam Sebelum Pernikahan Nobita). Hebatnya! 




Kenapa Doraemon menangis? :'(



Tetapi sayangnya sebelum sempat Fujiko menulis kesudahan Doraemon, beliau menghembuskan nafas terakhir pada 23 September 1996 akibat penyakit kanser :(. Namun itu tidak menggagalkan karyanya untuk terus disukai ramai sehingga hari ini. Nama Fujiko dan Doraemon itu sendiri sangat besar. 

Makam Fujiko F. Fujio
                           

Pada tahun 2002, Doraemon terpilih sebagai salah satu Asean Heroes dalam Majalah Time serta pernah mendapat penghargaan sebagai Duta Budaya Jepun pada tahun 2008 oleh Kementerian Luar Negeri Jepun. Dahsyat sungguh penangan karya Fujiko ini!

Ahaaa! Disebabkan travelog ini mengenai Jepun, kami nak beritahu kalian juga bahawa di Jepun ada Muzium Fujiko sebagai peghargaan kepadanya. yang di dalamnya ada patung Doraemon, alat-alatnya malah ada Nobita, Shizuka dan pelbagai watak dan latar belakang menarik mengenai Doraemon dan beberapa animasi lain hasil karya Fujiko. Mesti selepas baca informasi ini ada yang sudah berangan-angan untuk ke sana :P *saya pun*. Di mana Muzium ini? Muzium ini terletak di Kawasaki, Jepun.

Jom kita cuci mata melihat Muzium Fujiko yang menarik ini, *ya Allah tidak sabarnya nak ke sana*

                         
                       
















Antara menu di cafe Muzium Fujiko; ini adalah roti penghafal yang digunakan Nobita sebelum peperiksaan supaya senang mengingatkan apa yang ada di dalam buku tanpa membacanya XD


Banyak lagi gambar-gambar menarik di dalam Muzium Fujiko terutamanya mengenai Doraemon, tapi marilah sesiapa yang teringin ke Muzium ini berdoa banyak-banyak agar suatu hari ini kita akan dapat menjejakkan kaki ke sana. Ameen ya Allah!!!

Baiklah seperti dijanjikan, maksud tottemo daisuki Doraemon itu ialah I LOVE YOU VERY MUCH DORAEMON! <3








Thursday, March 31, 2016

le fiesta

Amboi. tajuk entry ala-ala Spanish. taknak kalah.

Tapi kami bukan nak cerita tentang la fiesta yang party-party itu. Hari ini perkongsian kita adalah tentang perayaan-perayaan di Jepun!


Di Jepun mereka menyebut perayaan sebagai "matsuri". Hasil temubual kami dengan Dr. Hiroko, masyarakat Jepun mengamalkan semua sambutan tanpa mengira agama dan bangsa.

Ini sama seperti masyarakat Cina di negara kita dimana, kebanyakan masyarakat Cina adalah lebih terbuka untuk menyambut kepelbagaian perayaan di Malaysia tanpa mengira agama atau mazhab jika dibandingkan dengan kaum India dan kaum lain-lain.

Melalui pembacaan, kami mendapati masyarakat Jepun masih menghargai nilai-nilai tradisi walaupun Negara Jepun telah bertukar menjadi sebuah negara yang moden. Masyarakat Jepun masih terus merayakan hari-hari kebesaran dan perayaan-perayaan yang wujud sejak zaman silam.

Sehingga ini, terdapat pelbagai perayaan di Jepun yang menggambarkan kepercayaan, pegangan hidup dan sikap masvarakat Jepun.

Bagi mereka, perayaan menandakan perubahan musim.

Sebab itulah, di Jepun terdapat pelbagai sambutan perayaaan.

Perayaan yang paling popular di Jepun adalah Sambutan Tahun Baru! Pada entry sebelum ini kita dah tahukan tentang makanan istimewa yang disediakan semasa sambutan Tahun Baru di Jepun?  Kalau tak ingat, ni nak marah ni! Click Itadakimasu untuk baca tentang juadah istimewa yang disediakan semasa Sambutan Tahun Baru di Jepun!


Sambutan Tahun Baru di Jepun 

*sila baca mengikut rentak doraemon*


Sejak zaman dahulu lagi, di  setiap awal tahun baru (1 haribulan 1) merupakan salah satu hari penggantian musim (sechi-nichi) untuk merayakan kepulangan dewa padi ke gunung. 

Kini, perayaan  Tahun Baru Jepun (正月 shōgatsu)  merupakan satu-satunya perayaan penggantian musim yang masih disambut di Jepun.



Tarikh Tahun Baru ini adalah berdasarkan kalendar lunisolar Cina dan disambut pada awal musim bunga, serentak dengan Tahun Baru Cina, Korea dan Vietnam!


Tambahan lagi, yang menariknya tentang Tahun Baru di Jepun ini ialah terdapatnya aktiviti menghantar post card ! Eh sama pula macam di Malaysia bukan? hehe. Kita ada juga tukar-tukar pos kad raya selalunya sampai kepada penerima seminggu sebelum sambutan Hari Raya ataupun dipanggil dengan nama sambutan Aidil Fitri.

Betul, zaman sekarang memang tidak berapa  popular sangat aktiviti pos-mengepos kad raya ni di era urbanisasi macam hari ini. Iyalah, semuanya nak memaksimakan kecanggihan dan kepantasan teknologi, dunia di hujung jari. 

Di Jepun, waktu penghujung bulan Disember dan awal bulan Januari merupakan musim paling sibuk bagi pejabat pos di Jepun. Masyarakat Jepun mengamalkan adat menghantar poskad tahun baru  yang dinamakan (年賀状 nengajō)



Tujuan asal adalah pengirim sekeluarga hendak bertanya khabar kepada sanak-saudara yang berjauhan. Justeru, adat ini wujud bagi mengetahui khabar kenalan yang tidak selalu mereka berjumpa.


Poskad Tahun Baru boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Contohnya, kedai alat tulis menjual kad tercetak. Kebanyakan poskad ini berhiaskan bintang zodiak Cina bagi tahun baru dan ucapan tahun baru. 


ini adalah contoh rupa bentuk poskad tersebut
*sumber ihsan Google*

Baiklah, cukuplah perkosngsian tentang Tahun Baru. Ayuh kita pergi pula kepada perayaan yang ada tarian? 

Di Jepun terdapat satu perayaan yang dinamakan Perayaan OBON. Melalui pembacaan, dapat kita simpulkan bahawa Perayaan Obon di Jepun pada masa kini lebih kepada hiburan sempena Musim Panas di Jepun. Semasa perayaan Obon inilah terdapatnya TARI AWA !




taraa. cuba teka mereka tengah buat apa ini? Mereka sedang menari TARI AWA !


Tari Awa (阿波踊り Awa Odori) ini, tiada kena mengena langsung dengan lagu Taufik Batishah; "Awak dekat mana". *awa, awa kat mana* Tari Awa ini, adalah sejenis tarian yang berasal dari Daerah Awa (阿波国 Awa-no kuni) Daerah lama Jepun yang sekarang menjadi bahagian daripada Wilayah Tokushima di pulau Shikoku

Tari Awa ditarikan pada  setiap tahun tanggal 12-15 Ogos  secara beramai-ramai di berbagai kota dan desa di Wilayah Tokushima untuk menyambut perayaan Obon

Penari Awa menari dalam kelompok-kelompok yang disebut "ren" sambil menari-nari di jalan. Penari-penari wanita menari dengan posisi tubuh tegak dan tangan yang digerak-gerakkan di atas kepala sambil mengenakan Yukata (浴衣),  (sejenis kimono yang dibuat daripada  kapas) dan topi anyaman (Amigasa) yang hampir menutupi wajah bahagian atas. Alas kaki yang digunakan adalah sandal dari kayu yang disebut "Geta"Pada gerakan tari untuk wanita, kaki dan tangan digerakkan secara anggun. Berlainan dengan Yukata yang dikenakan sehari-hari, penari Awa mengenakan Yukata dengan pakaian di dalam seperti (Juban) dan (susoyoke), dan penutup lengan yang disebut (tekko).

Manakala Tari Awa yang dibawakan penari lelaki pula mengenakan celana pendek yang disebut pula (Hanten). Pria juga boleh memakai Yukata dengan kain Yukata di bahagian kaki diangkat ke bagian pinggang, sehingga celana pendek yang dikenakan terlihat. Bila mengenakan Yukata, maka tarian tersebut disebut pula Yukata Odori (tarian Yukata). Penari lelaki menari dengan pinggul direndahkan, serta gerakan tangan dan kaki yang pelbagai.



Kebiasaanya, anak-anak perempuan akan menari Awa dengan memakai kostum penari lelaki dan menarikan gerakan tari Awa untuk lelaki. 



Setelah membaca penerangan panjang-panjang tentang Tari Awa ini, anda ada bayangkan atau tidak bagaimana sebenarnya Tari Awa ini? hehe Adakah bayangan anda sama seperti yang terdapat dalam video daripada Youtube di bawah ini? jeng..jeng..jengg





Sebenarnya terdapat banyak lagi perayaan di Jepun ini, PERAYAAN DI JEPUN ada  yang dikhususkan untuk kanak-kanak iaitu Shichi-Go-San.Tak sabar nak pergi Jepun dapat tengok dengan mata sendiri satu jenis perayaan pun jadilah. InshaAllah, kalau ada rezekiNya.

itterasshai ( いってらっしゃい)

宗教

...السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apa itu apa itu? Ahaaa! Mesti tertanya-tanyakan apa maksud entri kami kali ini kan? Baca baik-baik ea :). Nak tahu? Teruskan membaca.

.
.
.


Shūkyō 宗教 adalah perkataan yang ditulis dalam tulisan kanji seperti tajuk entri kali ini yang membawa maksud AGAMA. Dah tahukan? Jadi kali ini kami akan bercerita mengenai agama-agama yang terdapat di Jepun.






Wow! Gambar apakah ini? Inilah lambang salah satu agama di Jepun iaitu Shinto. Shinto merupakan agama rasmi Negara Jepun. Agama ini adalah gabungan Animisme dan Buddha. Hampir 71% masyarakat di Jepun menganuti agama ini. Shinto juga bermakna "the way of the gods"

Kepercayaan mereka? Mereka percaya bahawa nenek moyang yang telah mati boleh menjaga keluarga yang masih hidup. Ahli keluarga yang masih hidup akan memberi makanan kepada nenek moyang di tokong kecil (di dalam rumah), tiga hari selepas itu ahli keluarga yang masih hidup akan makan makanan tersebut. Apa yang menarik perhatian kami mengenai Shinto adalah, penganutnya tidak kisah dengan apa yang disembah dan selalunya mereka akan menyembah benda yang mereka percaya sebagai "tuhan" di sekitar kawasan mereka.

Pernah tengok cerita China atau Jepun? Mesti pernah lihat mereka ke tokong besar, baling duit ditempat yang disediakan kemudian menggoyangkan loceng dan akhir sekali mereka menepuk tangan. Itu juga dinamakan Shinto.

Inilah Kuil Shinto "Shinto Shrine" atau tugu melambangkan agama Shinto



Baiklah, sekarang kita beralih pula kepada agama lain yang ada Negara Matahari Terbit ini iaitu agama Kristian. Di Jepun hanya sedikit rakyatnya menganut agama ini tetapi Kristian sangat berkuasa. Berkuasa dari segi apa? Begini, banyak sekolah di Jepun dan universiti berasaskan agama Kristian "Christian Based".  Contoh yang terkenal adalah Sophia University Tokyo, Jepun.


Logo Sophia University

Tambahan lagi, masyarakat di Jepun menganggap agama Kristian ini sesuai dengan jiwa mereka kerana terlihat moden, fashionable dan muzik di dalam gereja yang masuk dalam jiwa mereka. Jadi tidak mustahil di Jepun adat perkahwinan mereka adalah berdasarkan agama kristian iaitu mereka dikahwinkan di dalam gereja dan memakai pakaian ala-ala barat iaitu tuxedo bagi lelaki dan dress bagi wanita.



Beginilah sambutan perayaan krismas di Jepun di mana penduduknya akan berpakaian seperti Santa Klaus untuk meraikan sambutan ini.Yang menariknya, disebabkan kejayaan satu iklan dan kempen pada tahun 1970 telah menyebabkan makan di KFC menjadi satu kemestian (adat kebangsaan) "national custom". Lebih menarik lagi, walaupun 25 December adalah tarikh sambutan Krismas, pada tarikh tersebut rakyat Jepun masih bekerja. Mereka menyambutnya lebih awal iaitu pada Christmas Eve.




Video ini menunjukkan beberapa fakta menarik dan lucu mengenai sambutan Christmas Eve di Japan.



Penat baca? Tunggu dulu. Jangan ingat Islam tiada di Jepun. Ada tetapi sangat minoriti iaitu 0.1% Muslim di Jepun. "Rakyat Jepun kebanyakannya dari hidup hingga mati tidak mengenal Islam, ada orang Islam seperti Indonesia dan negara arab yang bermastautin di Jepun tetapi hanya hidup dalam kelompok mereka dan tidak berdakwah mengenai Islam" (Hiroko,2016). Sedih bukan? :(. Tetapiii terdapat 50 masjid tau di Jepun dan yang mengagumkan adalah terbinanya sebuah masjid yang ukirannya seperti masjid di Istanbul. Masjid ini terletak di Sinjuku, Tokyo yang dikenali sebagai Tokyo Cami.


Nak tahu bagaimana reka bentuk dan rupanya. Lihat ini:









Sekian entri kali ini. Jumpa di entri seterusnya. Arigatto!

ITADAKIMASU !

Itadakimasu ( いただきます)  bermaksud "Mari makan!". 

Kita selalu lihat dalam cerita-cerita Jepun, animasi seperti "Doraemon" atau bukan animasi seperti "1 litre of tears" ke mesti kita akan nampak sebelum makan, mereka akan menyebut "itadakimasu!".


Tapi, kali ini kita  bukan nak cerita tentang itu. Hihi.

Di ruang ilmu ini, bukan ruang rindu kami nak cerita tentang topik paling best untuk dibincangkan iaitu MAKANAN!

Sekarang, kita nak cerita pasal makanan pula. Yayy! 

Seronoknya pergi Jepun ini sebab makanan ruji mereka sama seperti kita! Ya! Nasi! Makanan ruji bagi Orang Jepun juga adalah NASI. Tiba-tiba teringat temubual dengan Dr. Hiroko:


  kami          :Dr., makanan ruji kat Jepun nasi kan, Nasi Kepal? 
  Dr. Hiroko    :Iya! betul! Sama macam sini, kita makan nasi! *mukabahagia*

Nasi Goreng 

Di Malaysia, untuk mendapatkan nasi goreng sangat mudah bukan?

Jangan risau! Di Jepun juga terdapat nasi goreng yang dipanggil; Yakimeshi. Bahan-bahannya terdiri daripada kobis, lobak merah, ayam dan lain-lain. Hampir sama ramuannya seperti nasi goreng biasa di Malaysia bukan? Namun apa yang membuatkan nasi goreng Malaysia dan Jepun berbeza adalah Cili. 


Cili tidak dibubuhkan dalam penghasilan nasi Goreng di Jepun.



Sekarang, ayuh kita pergi pula kepada sejenis makanan yang paling melambangkan budaya Melayu kita iaitu Nasi Lemak



Jika di Jepun pula mereka ada nasi yang seakan-akan Nasi Lemak iaitu Nasi Kepal! hihi  Tetapi Nasi Kepal tidak mempunyai rasa lemak santan seperti Nasi Lemak.

Anda mahu lihat bagaimana rupa Nasi Kepal tersebut?

Jika anda sedang berpuasa dinasihatkan untuk tidak melihatnya. Nanti sedih :( Nanti khuatir jatuh hukum makruh.


Ha, nasi kepal ini jika di Jepun namanya, Onigiri. Kalau nasi lemak lauknya diluar, tetapi Onigiri ini, lauknya ada di dalam!.Telah dikepal-kepal dengan nasi. haha

Onigiri jenis paling sederhana biasanya berisikan daging ikan salmon panggang. Cara penyediannya pula dipanggang. Ada Onigiri yang dipanggang  sebelumnya dilumuri kicap masin atau miso (sejenis sup pekat dibuat daripada beras) ada yang setelah dipangang baru dilumurkan kicap masin atau miso ini.
 
Dalam mangkuk itu, yang berwarna oren-oren itu  adalah buah Aprikot yang telah diasinkan. Dalam Bahasa Jepun ianya dipanggil  Umeboshi. Manakala dalam mangkuk lagi satu itu anda tahu bukan, isinya apa? Ya! Rumpai Laut!


Semasa sambutan Tahun Baru mereka ada masakan istimewa! Nama juadah tersebut ialah Osechi-ryōri (御節料理) masakan Osechi).


Osechi disusun rapi di dalam kotak kayu bersusun yang disebut jūbako (重箱). Hanya lauk yang diatur di dalam jubako sahaja boleh disebut sebagai masakan osechi. 

taraaa. ini lah Osechi-ryōri dalam kotak kayu bersusun yang dinamakan  jūbako

Dalam bahasa Jepun, istilah "osechi" dahulunya bermaksud pergantian musim yang dikenal dengan sebutan sechi-nichi atau sekku. Hari pergantian musim dirayakan dengan memasak makanan khusus yang disebut Osechi-ryōri.

Kotak kayu bersusun untuk masakan osechi ini dipercayai adalah sebagai lambang kepada keuntungan yang berlipat-ganda!



Pada zaman sekarang, osechi sering dikatakan makanan mewah untuk tahun baru. Makanan osechi bukan saja berupa makanan khas Jepun yang dimasak dengan kicap, gula, atau mirin (sejenis alkohol), tetapi boleh juga berupa makanan Barat dan makanan Cina. Masakan osechi ala Barat disebut seiyō-osechi (西洋お節), sedangkan masakan osechi ala Cina disebut chūkafū osechi (中華風お節). Makanan osechi yang dahulunya merupakan masakan rumah kini boleh dipesan di pasar raya, restoran, dan gerai.


Selain juadah yang dinamakan Osechi-ryōri ini, terdapat satu lagi makanan yang disediakan semasa sambutan Tahun Baru ini. Makanan ini merupakan sejenis kuih. Eh, macam sambutan Hari Raya Aidilfitri kita pula ya ada penyediaan-penyedian kuih. Tetapi, semasa sambutan Aidilfitri kita ada kuih-muih (pelabagai jenis kuih), di Jepun hanya terdapat satu penyediaan kuih iaitu MOCHI


Mochi (餅) adalah kuih Jepun yang dibuat daripada beras pulut, ditumbuk sehingga lembut dan likat, kemudian dibentuk bulat-bulat. Di Jepun, kuih ini sering dibuat dan dimakan semasa perayaan tradisional (mochitsuki) atau perayaan tahun baru Jepun. Namun demikian, jenis kuih ini dijual dan dapat dibeli di kedai-kedai sepanjang tahun. Ia memiliki rasa yang khas iaitu lembut di saat pertama kali dimakan, dan lama kelamaan menjadi likat.
Jika anda terfikir macammana sebenarnya kenyal-kenyal kuih Mochi ini, anda bayangkanlah ketika anda mengunyah kuih Koci. Tekstur kedua-dua kuih ini adalah hampir sama, sama seperti bunyi nama kuih ini; Mochi - Kochi hihi

Ini kerana kuih Koci dan Mochi kedua-duanya adalah terhasil daripada tepung beras pulut.

Mochi berinti pelbagai samaada kacang merah atau coklat. Mochi juga boleh di cicah dengan kicap atau  boleh juga dimakan begitu sahaja.

Mochi yang dimakan bersama kicap

Mochi yang dipanggang
Mochi inti kacang merah

Kuih Koci merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di MalaysiaIndonesia, dan Singapura. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut dan mempunyai inti kelapa manis bercampur gula nisan (Gula Melaka) di dalamnya. Di Malaysia ia popular terutama di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Ia kemudiannya disalut dengan santan sebelum dibalut dengan daun pisang dan dihidangkan. 

Kuih Koci

Meskipun rasa kulit luar Kuih Koci dan Kuih Mochi adalah sama tetapi bentuk penyediaan dan isi bagi kedua-dua kuih ini adalah berbeza. Kuih Mochi mesti disediakan  bungkusan daun pisang sebelum dikukus manakala Kuih Mochi tidak memerlukan kita berbuat sedemikian.

Namun begitu, berhati-hati ketika memakan Kuih Mochi kerana kuih ini pernah menyebabkan kematian

Maaf, terpaksa berhenti sampai di sini dahulu. Perut telah mula main lagu keroncong. Jumpa lagi dalam entry yang lain untuk perkongsian menarik di Jepun! Stay tune!