Seperti
yang kita tahu masyarakat di Jepun bukan sahaja kaya dengan teknologi
yang canggih, tetapi kaya dengan budi bahasa dan moral yang baik.
Melalui
pembacaan yang gigih, layanan penduduk Jepun ke atas pengunjung tidak pernah mengecewakan!! Memang apabila anda datang ke bumi Matahari Terbit ni anda akan
rasa sangat dialu-alukan !
Oh,
anda pernah dengar tentang Omotenashi? Jika menonton drama Korea, perkataan Omo..
Omo itu mesti kita biasa dengarkan? Tetapi, jika dalam bahasa Jepun, Omotenashi pernah dengar atau tidak?
Omotenashi ini mudahnya untuk difahami adalah "hospitality"
bermakna layanan host ke atas tetamu. Dan di Jepun “hospitality”
yang mereka sediakan memang TERBAIK!
Pada
mulanya kami beranggapan bahawa budaya “omotenashi” ni hanya dipraktikan untuk
menyambut kedatangan tetamu ke rumah rupa-rupanya, budaya Omotenashi ni juga popular
dan dipraktikkan di kedai-kedai perusahaan perniagaan di Jepun!
Cuba anda bayangkan, apabila anda masuk ke dalam kedai-kedai di Jepun, anda bukan sahaja anda di sambut
dengan ucapan “irassyaimase” bersama dengan
senyuman yang betul datang dari hati, *dah la gadis-gadis Jepun putih
melepak, hmm kalau senyum memang banyaklah kumbang pengsan* malah layanan untuk
pelanggan ataupon “customer service” memang terbaik!
Tidak percaya? Sila tengok video ni!
Anda
perasan tidak, pengusaha perniagaan itu bercakap seperti ini dalam video:
“We
sell things, but not that is all. We want customers to walk away with that
feeling”
Apabila sahaja terbaca ayat tersebut, sungguh hati wanita seperti kami yang lembut ini tersentuh.
cehceh
Tapi,
what feeling? Mari kami terjemah maksud that feeling itu sebagai perasaan yang bagus, perasaan untuk datang lagi dan membeli-belah di situ!
Dan
anda tahu atau tidak, sebenarnya budaya Omotenashi ini sengaja dihebahkan untuk menarik lebih
ramai lagi pelancong ke Jepun. Inilah kita panggil strategi! Tidak mengapa jika anda tidak tahu tentang strategi ini, kerana kami juga baru tahu apabila Dr. Hiroko beritahu.
Dan,
budaya Omotenashi ni menerima kritikan yang hebat di media masa. Ada sesetengah
pihak beranggapan hebahan budaya Omotenashi di Jepun ni agak offensive
kerana ianya membawa idea bahawa sesebuah negara tu paling “sopan” dari
sesebuah negara yang lain. Dan seharusnya amalan ini bukan untuk
dipertunjukkan. Ada juga penduduk tempatan yang mengeluarkan pendapat bahawa Jepun sememangnya
layak menjadi tuan rumah untuk Olimpik 2020 nanti kerana adanya budaya Omotenashi yang
diamalkan ini.
Tidak kisahlah bagaimanapun andaian dan cara pandangan masing-masing, teringat pula pembelajaran Sir Nadzrin minggu lalu, tentang buruk sangka; stereotaip, prejudis dan sebagainya.
Sebenarnya betul, semuanya kembali atas diri kita sendiri. Jika dilihat dari sudut positif maka baiklah ia, jika sebaliknya begitulah jadinya. Mari kita ambil kembali pesan atuk nenek kita;
“Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.”
Sebenarnya betul, semuanya kembali atas diri kita sendiri. Jika dilihat dari sudut positif maka baiklah ia, jika sebaliknya begitulah jadinya. Mari kita ambil kembali pesan atuk nenek kita;
“Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.”
Jumpa
lagi dalam entri seterusnya!
No comments:
Post a Comment