YayBlogger.com
BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 31, 2016

Jeng...jeng...jeng...

Konnichiwa semua! Ehhh, lupa pula, Assalamualaikum dunia~ bangunlah semua~. 
Terlebih pula :P


Pada entri lepas kita sudah mengetahui tentang perwatakan masyarakat Jepun. Kali ni apa pula yang ingin kami sampai kan? Cuba teka cuba teka. Aha! Artis Jepun? Salah~ Tempat menarik di Jepun? Belum, itu tunggu dulu :D. Jadi apa? Okeylah. Mari sini kami nak bagitahu pada kalian, kali ni kami akan bercerita pulak tentang...


~BAHASA DAN PENDIDIKAN DI JEPUN~

Wahhh~ Mesti pembaca sudah tertunggu-tunggukan? Tanpa berlengah mari kita mulakan. Dum dum dum (bunyi drum XD)

Sedikit Perkongsian Pengalaman...
Bapa saudara saya  pernah bercerita pengalaman semasa beliau outstation di Jepun atas urusan kerja, juga merupakan wakil syarikat kereta ternama iaitu Toyota. Semasa di sana, beliau mengalami kesukaran dalam berkomunikasi terutamanya dalam urusan jual beli barangan ataupun makanan. Kenapa? Sebab masyarakat di sana amatlah menjaga bahasa mereka dan hanya bertutur dalam bahasa Jepun. Kesian bapa saudara saya, sehinggakan beliau terpaksa melukis di hadapan peniaga untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Lucu sebenarnya bila membayangkan seperti ayam dan itik bercakap :P. 

Tetapi inilah sebenarnya yang perlu dicontohi masyarakat Melayu. Martabatkanlah bahasa Melayu kita kerana bahasa jiwa bangsa. Haaa semangat patriotik muncul tiba-tiba XD. Tapi bukan maksudnya tinggalkan Bahasa Inggeris sebab Bahasa Inggeris merupakan bahasa Lingua Franca di dunia kini. Lebih penting, melihat kejayaan Jepun kini, mereka teguh dengan bahasa ibunda dan mereka boleh berjaya tanpa bahasa lain. Ini dapat dibuktikan apabila Paul Theroux  dalam penulisannya di The Daily Beast menyatakan bahawa, "Japan is one family, one language, one set of rules, believing in the greatness of its destiny and overcoming any obstacle to achieve it.

Bila berkata tentang bahasa Jepun, mestilah terkait juga dengan tulisannya. Jepun sungguh unik kerana terdapat tiga jenis tulis yang perlu mereka pelajari dan digunakan tidak kira di papan tanda, urusan rasmi atau pengajaran di institusi pendidikan. Nak tahu apa jenis tulisannya? ini dia:

  • Hiragana (ひらがな)


                          




  • Katakana  (カタカナ)


  • Kanji  (漢字)
Ini merupakan contoh tulisan kanji. Kalau nak tulis semua terlalu banyak dan tak terjangkau di akalmu :P. Untuk pengetahuan, tulisan kanji mengandungi beribu karakter dan asalnya daripada tulisan cina. Tulisan ini diguna pakai dan disesuaikan dengan bunyi dan maksud dalam bahasa Jepun. Walaupun ada perkataan-perkataan dalam tulisan kanji itu membawa maksud yang sama dalam Bahasa Cina, tetapi bunyi dan cara sebutannya sangat berbeza.




Bersambung... Tunggu 待ちます (Machimasu)


Kenali masyarakat Jepun~

Assalamualaikum semua! Konichiwa ~

Bertemu lagi dalam entri kali ini :D. Harap semuanya sihat walafiat di dalam naungan rahmat Allah. Sebelum menjejakkan diri ke negara Jepun, jom kita kenali masyarakat Jepun!

 Haaa, pasti ramai sudah tidak sabar ingin mengetahui tentang Negara Jepun kan? Yeayyy! Kami yang menulis pun excited XD.

Okey kali ini kami akan bercerita mengenai kecenderungan emosi atau perwatakan masyarakat Jepun. Seronokkan? Hasil temubual kami dengan Hiroko Sensei, beliau mengatakan bahawa orang Jepun ni pemalu, banyak berdiam dan kurang memberi respon jika berbual. Aha! Pastikan ada yang terkejut. Begitu juga kami. Kami ingat mereka jenis yang senang berkomunikasi tetapi tidak sebenarnya.

Sebenarnya, pemalunya mereka kerana sifat lemah lembut dan sopan yang sudah mendarah daging dalam diri sehingga terbawa-bawa menjadi sifat dominan mereka. Dapat kita perhatikan dalam drama atau mungkin pengalaman kalian pernah berbual dengan orang Jepun, mereka bukan jenis yang outspoken, tetapi lemah lembut dan agak perlahan suaranya.Bahasa badan pula? Masyarakat Jepun sangat kurang dari segi bahasa badan, kurang ekspresi muka dan tidak ada pergerakan tangan. Tetapi bukan semua masyarakat Jepun begini, namun  dominannya begitu. Ada lagi~, daripada temubual kami juga mendapati pemalunya mereka dapat dilihat juga ketika bercakap dalam bahasa lain selain Jepun. Mereka malu dengan skill bahasa asing mereka dan takut jikalau salah bertutur dalam Bahasa Inggeris ketika berbual dengan penutur asli "native speaker" Bahasa Inggeris. Hanya baru-baru ini sahaja mereka mempraktiskan berbual dalam Bahasa Inggeris di dalam kelas.

Bukan itu sahaja, perwatakan masyarakat Jepun juga boleh kita lihat melalui jantina. Lepas ni ramailah yang berangan-angan berzauj atau zaujahkan orang Jepun XD. Okey kembali kepada topik asal, ini dia beberapa perwatakan masyarakat Jepun yang patut dipuji dan contohi:








Lelaki Jepun.
Apa yang anda lihat? Terkejut? Sabar-sabar. Untuk pengetahuan semua, lelaki di Jepun kebanyakannya berkahwin lewat. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Sebabnya, mereka melakukan persediaan secukupnya sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Daripada gambar di atas juga jelas memperlihatkan suami atau ayah di Jepun sangat bertanggungjawab terhadap keluarganya. Dah ada yang berangan-angan ke bersuamikan lelaki Jepun? :P. Setiap pagi jika anda berada di Jepun anda akan melihat situasi ayah berpimpin tangan bersama-sama anak untuk menghantar mereka ke sekolah sebelum si ayah ke tempat kerja. Malah jika anak mereka menangis atau merengek si ayah yang akan memujuk lalu mendukung mereka. Baguskan? :’). Jelas perwatakan lelaki Jepun sangat penyayang, prihatin dan sangat bertanggungjawab terhadap keluarganya.

Wanita Jepun
Selembut-lembut wanita Jepun, sebenarnya mereka sangatlah tegas dalam mendidik anak-anak agar berdisiplin dalam kehidupan. Baguskan? Macam mana mereka(wanita Jepun) boleh menjadi manusia berdisiplin? Melalui didikan ibu bapalah. Lalu mereka mendidik pula anak-anak mereka.
Mereka melayan anak-anak mereka seperti orang dewasa dan disebabkan itulah kanak-kanak Jepun tidak banyak ragamnya. Hebat! Didikan mereka bukanlah untuk mengikut apa sahaja kehendak si ibu tetapi lebih kepada mengajar mereka berfikir dan bertindak sewajarnya sesuai dengan usia. Huuu. Kaum Adam yang baca entri ni nak cuba-cuba la tu cari zaujah wanita Jepun :P

Jadi sebagai peringatan kepada saya dan kalian semua, hayatilah hadith ini dan amalkan ya.
Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Lagi sabda Rasulullah SAW, “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Sebelum terlupa ada satu lagi perwatakan masyarakat Jepun iaitu sangat sopan dan menghormati semua orang. Buktinya setiap kali berterima kasih, mereka akan memberi tunduk hormat atau dalam Bahasa Jepun dipanggil reigi tadashii:
Terdapat 3 kategori tunduk hormat yang terdapat pada masyarakat Jepun iaitu; tunduk sedikit, tunduk menghormati,tunduk lebih hormat . 








 Sekian entri kali ini. Berjumpa dientri seterusnya :D

Doumo! ( どうも )



Wednesday, March 30, 2016

Selamat Datang (Irassyaimase)


 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Ini kami XD
Selamat berkenalan
 はじめまして 
(Hajimemashite)
 .Konnichiwa!!! ( こんにちは )は ) 


Saya Fatin Nabilah Binti Monib dan rakan saya, Liyana Izyan Binti Mohamed Zulkaffly. Pelajar Tahun ke-2 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Jurusan Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Kami telah diberi tugasan oleh pensyarah Komunikasi Budaya iaitu Sir Nadzrin yang sangat dedikasi dan segak orangnya untuk membuat sebuah travelog mengenai mana-mana negara yang kami ingin  jejaki dan telusuri budayanya, cara hidup dan melihat kepelbagaian tradisi serta tempat-tempat menarik di sana. Jadi kami telah memilih negaraaaaaaaa JEPUN!. Kalian teruja kan? XD

Sememangnya hajat kami suatu hari nanti untuk ke negara matahari terbit ini bagi melihat dengan mata kami sendiri pelbagai sejarah, keunikan dan khazanah yang tersimpan di sana. Selain itu, impian kami hendak ke sana adalah untuk berjumpa DORAEMON dan picnic bersama yang tercinta bertemankan guguran bunga sakura yang indah  :D. 

Bagi mengenali dengan lebih dekat tentang Negara yang berada dalam era ledakan kemajuan teknologinya kini,  kami telah menemubual seorang pensyarah dari UIAM sendiri yang berasal dari Jepun iaitu Dr Hiroko Shiozaki. Manis orangnya. Kami bukan sahaja menemu bual beliau malah mengikuti kelas Japanese Culture di bawah kendaliannya untuk mendengar dengan lebih lanjut mengenai Jepun. Semangatkan kami!!! :D

Inilah sedikit pengenalan dari kami. Jumpa di entri seterusnya.


Doumo ( どうも )  

Maassalamahhh :D